Posts

Showing posts from 2011

WRC_ Rally Portugal - Block crashes on Shakedown

Image

MWRT 2011_ Ken Block's first test of the new WRC Ford Fiesta for Rally Sweden

Image

KECEK - (V)

KECEK - (V) Rangkap 1: Seorang pergarah telah membuka akaun semasanya di sebuah bank terkemuka.Namun begitu,dia telah pecah amanah kerana menyelewengkan hak milik orang lain untuk kepentingan diri. Rangkap 2: Seorang petani di kampung hidup dalam kemiskinan dan kedaifan untuk membesarkan 12 orang anaknya.Namun begitu,petani tersebut tidak pernah mengharapkan belas ihsan daripada orang lain untuk meringankan beban yang dipikulnya sekian lama. Rangkap 3: Seorang nelayan mencari rezeki di laut yang luas terbentang yang saban hari bergantung kepada nasib dan keadaan cuaca di laut.Namun begitu,nelayan itu tidak pernah meminta simpati daripada orang lain kerana keadaan cuaca di laut telah sebati dengan jiwanya. Rangkap 4: Tuhan sentiasa berpegang pada janji-Nya.Setiap inci perbuatan baik atau jahat yang dilakukan oleh manusia akan dicatat dan dihitung untuk diadili di akhirat kelak. Tema Sifat manusia yang berbeza dalam melakukan sesuatu pekerjaan mempengaruhi kehidupan seseorang. ...
SYAIR MAKNA RIAK  by : azamhpb.blogspot.com Rangkap 1: Syair ini mengungkap makna riak atau takbur.Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada sesama manusia dianggap sebagai riak.Perbuatan golongan ini amat dibenci oleh Tuhan kerana telah melakukan perbuatan syirik Rangkap 2: Ada pula perbuatan riak dibuat dengan cara menunjukkan kerajinan berpuasa dan kesopanan apabila bertutur dengan lemah lembut.Namun hakikatnya,kebersihan tubuh badan tidak diambai kira. Rankap 3: Orang sebegini berpura-pura melakukan amalan tersebut agar dirinya disangkakan warak,iaitu tidak mementingkan keduniaan.Dia juga sering berhemah sedangkan hatinya memandang keduniaan. Rangkap 4: ada pula perbuatan riak ditunjukkan sebagai orang yang berpengetahuan luas dengan menunjukkan kehebatan berceramah atau bersyarah dalam pelbagai ilmu di majlis keraian.Namun begitu dia sering mencampuradukkan perkara yang baik dengan yang buruk. Rangkap 5: Ada pula perbuatan riak ditunjukkan mel...

Prosa Tradisional: Hikayat Siak

Prosa Tradisional: Hikayat Siak Sinopsis: Kisah bermula dengan pelayaran Tuan Bujang setelah mendapat perkenan daripada Sultan Palembang. Tuan Bujang dibekalkan oleh Sultan Palembang dengan pakaian keemasan dan keris kebesaran. Tuan Bujang sampai ke Rawas dan berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching. Tuan Bujang mendapat seorang anak lelaki dan dinamakan Raja Alang. Di Pagar Ruyung, Tuan Bujang telah ditabal sebagai Yantuan Sakti. Tuan Bujang juga telah diuji bagi membuktikan bahawa baginda ialah daripada keturunan kesultanan Johor. Tuan Bujang telah diberi gelaran Yang Dipertuan Raja Kecik. Yang Dipertuan Raja Kecik telah pergi ke Siak namun tiada sesiapa yang mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai Nakhoda Penangguk. Kemudian baginda pergi ke Mengkalis dan di sana telah digelar olehorang Minangkabau sebagai Yang Dipertuan. Baginda berhajat hendak menyerang negeri Johor. Pada masa yang sama, Raja Bugis iaitu Daheng Parani, Daheng Calak dan Raja Tuha telah datang k...

Kajian Drama: Drama Dato' Onn

Kajian Drama: Drama Dato' Onn Drama Dato' Onn Sinopsis: Drama ini mengisahkan sejarah hidup Dato' Onn yang berjuang menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan sehinggalah ke akhir hayatnya. Selepas kematian isteri, Dato' Onn berkahwin dengan anak panggung iaitu Cik Kah tetapi jodoh mereka tidak panjang. Dato' Onn mengahwini Halimah, balu adiknya. Dato' Onn dipecat daripada jawatan pemungut cukai kerana menentang keras dasar penjajah Inggeris yang ingin memungut cukai. Rumah dan tanah kepunyaannya dirampas. Mereka sekeluarga berhijrah ke Singapura. Di sana Dato' Onn dan Syed Hussien Alsagoff menerbit Akhbar Warta Malaya untuk menyatakan pendapat membentuk fikiran rakyat dan menentang Inggeris secara halus. Rakyat Tanah Melayu mula sedar dan bangun menentang Inggeris bersama-sama Dato' Onn. Penentangan bertambah kuat apabila ada gagasan untuk mewujudkan Malayan Union. Kemudian Jepun menyerang Tanah Melayu dan Inggeris melarikan diri. Selepas Jepun ...