KECEK - (V)
KECEK - (V) Rangkap 1: Seorang pergarah telah membuka akaun semasanya di sebuah bank terkemuka.Namun begitu,dia telah pecah amanah kerana menyelewengkan hak milik orang lain untuk kepentingan diri. Rangkap 2: Seorang petani di kampung hidup dalam kemiskinan dan kedaifan untuk membesarkan 12 orang anaknya.Namun begitu,petani tersebut tidak pernah mengharapkan belas ihsan daripada orang lain untuk meringankan beban yang dipikulnya sekian lama. Rangkap 3: Seorang nelayan mencari rezeki di laut yang luas terbentang yang saban hari bergantung kepada nasib dan keadaan cuaca di laut.Namun begitu,nelayan itu tidak pernah meminta simpati daripada orang lain kerana keadaan cuaca di laut telah sebati dengan jiwanya. Rangkap 4: Tuhan sentiasa berpegang pada janji-Nya.Setiap inci perbuatan baik atau jahat yang dilakukan oleh manusia akan dicatat dan dihitung untuk diadili di akhirat kelak. Tema Sifat manusia yang berbeza dalam melakukan sesuatu pekerjaan mempengaruhi kehidupan seseorang. ...