SYAIR MAKNA RIAK
by : azamhpb.blogspot.com
Rangkap 1: Syair ini mengungkap makna riak atau takbur.Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada sesama manusia dianggap sebagai riak.Perbuatan golongan ini amat dibenci oleh Tuhan kerana telah melakukan perbuatan syirik
Rangkap 2: Ada pula perbuatan riak dibuat dengan cara menunjukkan kerajinan berpuasa dan kesopanan apabila bertutur dengan lemah lembut.Namun hakikatnya,kebersihan tubuh badan tidak diambai kira.
Rankap 3: Orang sebegini berpura-pura melakukan amalan tersebut agar dirinya disangkakan warak,iaitu tidak mementingkan keduniaan.Dia juga sering berhemah sedangkan hatinya memandang keduniaan.
Rangkap 4: ada pula perbuatan riak ditunjukkan sebagai orang yang berpengetahuan luas dengan menunjukkan kehebatan berceramah atau bersyarah dalam pelbagai ilmu di majlis keraian.Namun begitu dia sering mencampuradukkan perkara yang baik dengan yang buruk.
Rangkap 5: Ada pula perbuatan riak ditunjukkan melalui percakapan yang kononnya berdasarkan bukti kajian untuk menunjukkan bahawa dirinya mempunyai ilmu mantik yang tinggi.Oran sebegini berbuat demikian adar masyarakat mengiktiraf kebijaksanaanya dan memberikannya ganjaran tertentu.
Rangkap 6: Ada perbuatan riak ditunjukkan degan cara berpakaian, iaitu memakai serban yang berlilit ekor di kepala,meletakkan sejadah di bahu,dan seuntai tasbih berada di tangan.
Rangkap 7: Ada perbuatan riak ditunjukkan ketika melakukan amalan berzikir.Orang sebegini akan berzikir sehingga lupa diri. Namun begitu,niat yang sebenarnya adalah untuk menjadi ketua kepada sesebuah kumpulan atau untuk mendapatkan pengaruh.
Rankap 8: sesungguhnya semua perbuatan riak itu akan menjadi bala yang menyebabkan amalan tersebut ditolak oleh Allah Taala.Ada kalanya,perbuatan riak yang dibuat akan mendatangkan kemudaratan kepada diri serta dimurkai oleh Allah Taala.
Tema
Perbuatan riak yang menjadi amalan sesetengah manusia
Persoalan
(a) Sikap berpura-pura atau tidak jujur seseorang itu dalam melakukan amal ibadat kerana ingin menunjukkan kewarakannya kepada orang lain.
(b) Pengabaian aspek kebersihan diri bagi orang alim yang riak dalam melakukan amal ibadat.
(c) Sikap mementingkan aspek keduniaan tetapi disembunyikan di sebalik amal ibadat.
(d) Ketinggian ilmu yang disalahgunakan untuk memperdayakan masyarakat.
(e) Kepercayan terhadap kewarakan seseorang yang ditonjolkan melalui cara berpakaian.
(f) Kemurkaan Allah terhadap semua perbuatan riak yang dilakukan oleh manusia.
Bentuk Dan Ciri-ciri Syair
(a) Terdiri daripada lapan rangkap.
(b) Mempunyai empat baris serangkap
(c) Semua baris dalam setiap rangkap adalah maksud.
(d) Terdiri daripada tiga hingga lima patah kata sebaris.
(e) Mempunyai lapan hingga empat belas suku kata sebaris.
(f) Rima akhir bagi puisi ini ialah aaaa.
(g) Bentuk puisi ini terikat/tidak bebas.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Pemilihan kata (diksi) yang indah. contoh: Terkadang bercakap ilmunya mantik; Bicara alhayat konon diselidik.
(b) Bahasa Arab. contoh: jazbah;kasad wali.
(c) Simile. Contoh: terkadang jazbah seperti gila
(d) Asonansi. contoh: tasbih di tangan beruitan (pengulangan bunyi vokal i )
(e) Aliterasi. Contoh: Kemudian dinyatakan makna riak (pengulangan bunyi konsonan k )
Nilai
(a) Kejujuran. contohnya, Sifat jujur amat penting dalam setiap perbuatan agar tidak dimurkai oleh Tuhan.
(b)kebersihan fizikal dan mental. contohnya, mementingkan aspek kebersihan diri walaupun sibuk beramal ibadat.
(c)kerajinan. contohnya, rajin dalam menyampaikan ceramah atau berucap di masjlis keraian.
(d) Kesederhanaan. contohnya, bersikap sederhanaan terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan keduniaan.
(e) Bertanggungjawab. contohnya, bertangguangjawab menyampaikan dakwah secara telus tanpa ada niat yang bertentangan.
Comments
Post a Comment