KECEK - (V)
KECEK - (V)
Rangkap 1: Seorang pergarah telah membuka akaun semasanya di sebuah bank terkemuka.Namun begitu,dia telah pecah amanah kerana menyelewengkan hak milik orang lain untuk kepentingan diri.
Rangkap 2: Seorang petani di kampung hidup dalam kemiskinan dan kedaifan untuk membesarkan 12 orang anaknya.Namun begitu,petani tersebut tidak pernah mengharapkan belas ihsan daripada orang lain untuk meringankan beban yang dipikulnya sekian lama.
Rangkap 3: Seorang nelayan mencari rezeki di laut yang luas terbentang yang saban hari bergantung kepada nasib dan keadaan cuaca di laut.Namun begitu,nelayan itu tidak pernah meminta simpati daripada orang lain kerana keadaan cuaca di laut telah sebati dengan jiwanya.
Rangkap 4: Tuhan sentiasa berpegang pada janji-Nya.Setiap inci perbuatan baik atau jahat yang dilakukan oleh manusia akan dicatat dan dihitung untuk diadili di akhirat kelak.
Tema
Sifat manusia yang berbeza dalam melakukan sesuatu pekerjaan mempengaruhi kehidupan seseorang.
Persoalan
(a) Sifat tamak akan harta dan wang ringgit sehingga sanggup menipu orang lain
(b) Kesenangan hidup yang dilalui dengan tabah.
(c) Kepayahan hidup yang diperoleh daripada sumbar rezeki yang tidak berkat.
(d) Kegigihan mencari rezeki yang halal.
(e) Setiap perbuatan baik dan buruk akan menerima balasan daripada Allah S.W.T..
Bentuk dan Ciri-ciri Sajak
(a) Terdiri daripada empat rangkap
(b) Menpunyai lima hingga dua belas baris serangkap.
(c) Terdiri daripada satu hingga lima patah kata sebaris.
(d) Mempunyai tiga hingga dua belas suku kata sebaris.
(e) Rima akhir bagi sajak ini ialah rangkap pertama: abbcdeba ,rangkap kedua: abcdccefccb ,rangkap ketiga: abccdefcghc ,dan rangkap keempat: adcbd.
(f) Sajak ini berberbentuk bebas.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Perlambangan. Contoh: Di rumah keadilan.
(b) Metafora. Contoh: ruang kedaifan; pagar sengsara; pusaran nasib; papan hidup.
(c) Hiperbola. Contoh: mengunci sedozen anak-anaknya di dalam pagar sengsara; mengurung sederet anak-anaknya di bawah pusaran nasib.
(d) Sinkope. Contoh: tapi dia tidak pernah mengumpul.
(e) Asonansi. Contoh: tetapi dia tidak pernah mencantum (pengulangan bunyi vokal a)
(f) Aliterasi. Contoh: membuka akaun kemiskinannya (pengulang bunyi konsonan k)
Nada
Sajak ini barnada melankolik.
Nilai
(a) Kejujuran. contohnya,petani dan nelayan jujur dalam melakukan sebarang perbuatan.
(b) Ketabahan. contohnya,petani tabah membesarkan dua belas orang anaknya walaupun bergelumang dengan kemiskinan
(c) Kegigihan. contohnya, nelayan gigih demi mendapatkan sesuap nasi.
(d) Keadilan. contohnya, Allh amat adil dalam menilai setiap perbuatan baik dan buruk yang dilakukan oleh manusia.
Pengajaran
(a) Kita hendaklah barsikap jujur dalam melakukan setiap perkara.
(b) Kita perlulah bersyukur dengan apa-apa yang kita miliki.
(c) Janganlah sesekali memperdayakan orang lain demi kepentingan peribadi.
(d) Kita haruslah tabah menjalani kehidupan yang penuh cabaran.
(e) Kita mestilah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.
(f) Kita hendaklah sedar bahawa setiap perbuatan yang kita lakukan akan diadili oleh Allah S.W.T..
Comments
Post a Comment